MENGENAI GHEE

Ayurveda

Mari kita menyelami sejarah sains purba penyembuhan sejak 5,000 tahun yang lalu.

Sedang mencari minyak masak yang menyihatkan, serta tidak perlu berkompromi tentang rasa masakan anda?

Guna minyak sapi - medium memasak ayurveda yang telah wujud sejak beribu-ribu tahun dahulu. Minyak sapi mempunyai rasa dan aroma mentega lemak dan ia juga mengandungi faedah yang banyak, seperti yang disenaraikan dalam teks ayurveda tradisional.

Apa Itu Minyak Sapi?

Minyak sapi ialah mentega yang telah disaring, maknanya, minyak mentega tanpa laktosa dan pepejal susu yang lain. Ia disediakan secara tradisional dengan memanaskan mentega sehingga ia menjadi cecair jernih yang keemasan. Laktosa dan pepejal susu yang lain akan bergumpal dan kemudian dibuang secara berhati-hati. Proses ini juga menyejatkan kebanyakan kandungan air semulajadi, membuatkan minyak sapi ringan, tulen dan sukar menjadi busuk.

Faedah Yang Dikenalpasti Dalam Teks Ayurvedic

Ayurveda menganggap minyak sapi sebagai minyak masak yang paling baik, dengan kepelbagaian faedah untuk minda dan badan, seperti yang disenaraikan dalam teks purba.

  1. Sedang mencari minyak masak yang menyihatkan, serta tidak perlu berkompromi tentang rasa masakan anda? Guna minyak sapi - medium memasak ayurveda yang telah wujud sejak beribu-ribu tahun dahulu. Ia ada rasa dan aroma mentega lemak dan ia juga mengandungi faedah yang banyak, seperti yang disenaraikan dalam teks ayurveda tradisional.
  2. Pengawet: Minyak sapi tidak mudah menjadi busuk, dan ia mengekalkan kesegaran asal serta potensi herba-herba dan makanan. Ia tidak perlu disejukkan.
  3. Penghadaman: Teks ayurveda menyatakan bahawa minyak sapi dapat membantu mengimbangi kelebihan jus asid dalam perut dan ia membantu mengekalkan/merawat mucosa dinding perut.
  4. Melecur: Seperti aloe, minyak sapi juga dikatakan boleh mencegah lepuh dan parut jika disapu segera ke atas kulit yang melecur.
  5. Minda: Minyak sapi dikatakan boleh merangsang ketiga-tiga aspek fungsi mental - pembelajaran, daya ingatan dan proses mengingati kembali.
  6. Keseimbangan Ayurveda: Minyak sapi mengimbangi Vata (operator ayurveda minda/badan yang mengawal pergerakan dalam minda dan badan) dan Pitta (operator yang mengawal haba dan metabolisme)


Minyak sapi telah diberi gelaran "rasayana" dalam ayurveda - herba dan makanan unggul yang membantu dalam kesihatan menyeluruh, panjang umur dan kesejahteraan hidup.

Lemak Yang Memanfaatkan

Secara umum, sebahagian jenis lemak telah dikenalpasti sebagai penting untuk kesihatan. Diet pemakanan yang tiada lemak langsung akan mempercepatkan proses penuaan kulit, saraf-saraf dan sel-sel otak. Tanpa kuantiti lemak yang betul dan sesuai dalam diet pemakanan, proses pertumbuhan semula sel-sel akan terjejas. Lemak diperlukan untuk penyerapan cekap vitamin-vitamin penting yang larut dalam lemak seperti vitamin A, E, D dan K.

Dinding perut, yang melindungi perut daripada rembesan asid untuk penghadaman makanan, memerlukan lemak untuk mengekalkan tisu pengalas yang sihat. Serupa seperti cholesterol, cholesterol dalam badan memainkan peranan yang penting kepada kesihatan, seperti membina sel membran, hormon dan untuk keseimbangan hempedu. Cholesterol hanya memudaratkan apabila ia dirosakkan oleh radikal bebas, lalu menyumbat arteri-arteri dan mencetuskan masalah jantung.

Minyak sapi memberi banyak manfaat asid lemak penting tanpa masalah yang dicetuskan oleh cholesterol teroksida, asid lemak trans ataupun lemak terhidroksida. Ia juga tahan kerosakan radikal bebas dan juga bebas daripada garam dan laktosa.

Medium Memasak Yang Serba Boleh

Minyak sapi mempunyai bau dan rasa yang hebat, jadi anda hanya perlu menggunakan setengah atau dua-pertiga jumlah minyak masak yang lain. Ia mempunyai takat didih yang tinggi dan tidak terbakar ataupun berasap semasa memasak. Ia juga sesuai untuk dipadankan dengan pelbagai jenis rempah-ratus. Anda boleh menggunakan minyak sapi untuk saute makanan, membakar makanan dalam ketuhar, menggoreng ataupun digunakan seperti jem.

Minyak Sapi Tulen Q.B.B. - Untuk Tubuh, Minda dan Jiwa Anda

Sejak turun-temurun, Minyak Sapi Tulen Q.B.B telah digunakan untuk menyembuh, melega dan meyuburkan tubuh badan, minda dan jiwa. Secara tradisinya, minyak sapi telah digunakan dalam upacara keagamaan dan dalam masakan. Minyak sapi juga telah digunakan dalam sistem perubatan Ayurveda yang mempunyai sejarah beribu-ribu tahun lamanya.

Minyak Sapi Tulen Q.B.B ialah asas masakan India yang tulen dan juga resipi tradisional.

Apabila digunakan untuk memasak, Minyak Sapi Tulen Q.B.B menyebarkan bau yang sungguh menyenakkan, tidak berasap, tidak berdetus ataupun terbakar. Malahan, mentega jernih ini memberi banyak manfaat asid lemak penting tanpa masalah yang dicetuskan oleh cholesterol teroksida, asid lemak trans ataupun lemak terhidroksida. Dijamin bebas daripada pewarna dan perasa tiruan, Minyak Sapi Tulen Q.B.B. juga tahan kerosakan radikal bebas dan juga bebas daripada garam dan laktosa.

Disebabkan oleh ketulenannya, makanan yang dimasak menggunakan Minyak Sapi Tulen Q.B.B mempunyai rasa semulajadi yang menyeluruh, tidak terjejas oleh rasa yang berminyak. Minyak Sapi Tulen Q.B.B juga telah dianugerahkan pentauliahan halal oleh JAKIM MALAYSIA.
top